Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah teres satu tingkat musnah dijilat api
  • KEBAKARAN

Rumah teres satu tingkat musnah dijilat api

Utusan Sarawak 2 months ago
OPERASI pemadaman api oleh pihak bomba.

KUCHING: Sebuah rumah teres satu tingkat di Lorong 2C, Tabuan Laru musnah dijilat api awal pagi tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Komander Operasi, PBK II Pandi Seh, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan ruang tamu dan tiga bilik tidur, dengan keseluruhan kawasan terbakar dianggarkan 60 peratus daripada struktur rumah.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos reel sepanjang 200 kaki dengan satu nozel, menggunakan sumber air dari pili bomba.

“Api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 236 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran ini,” katanya dalam satu laporan, pagi ini.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Rumah tersebut didiami oleh pemiliknya, Lee Gek Eng, 71 tahun, bersama tiga ahli keluarga lain.

“Turut berada di lokasi adalah dua anggota polis bagi membantu kawalan keselamatan sepanjang operasi pemadaman.

“Pasukan bomba seramai lapan anggota bersama satu jentera LFRT terlibat dalam operasi ini.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa untuk menentukan punca sebenar kejadian,” jelasnya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Ruang kargo MH720 terbakar?
Next: Sekitar 300 penghuni Rumah Lapie hilang tempat berteduh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.