
TAIPING, 24 Mac -- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak Azmi Osman (kiri) melihat lokasi tiga beranak yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Relong, Kamunting dekat sini awal pagi tadi. Tiga beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, Kamunting di sini, awal pagi ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, semua yang maut dalam kebakaran kira-kira pukul 1 pagi itu dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35, Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3. Turut tercedera dalam kebakaran itu, suami Jazmaniza, Mohd Khairul Ismail, 38, anak pasangan itu, Muhamad Afiq Aryan, 6, dan adik Jazmaniza, Jamal Azwan, 33. --f otoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAIPING: Tiga beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, Kamunting di sini, awal pagi semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, semua yang maut dalam kebakaran kira-kira jam 1 pagi itu dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35, Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.
Turut tercedera dalam kebakaran itu suami Jazmaniza, Mohd Khairul Ismail, 38, anak pasangan itu, Muhamad Afiq Aryan, 6, dan adik Jazmaniza, Jamal Azwan, 33.
“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.20 pagi dan sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dengan dibantu balai Taiping tiba di lokasi, rumah itu telah terbakar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sementara yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan dan operasi tamat pada jam 4.40 pagi. – BERNAMA