Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Seri Kenangan Kuching siap Disember
  • TEMPATAN

Rumah Seri Kenangan Kuching siap Disember

Utusan Sarawak 5 years ago
MESRA … Dato’ Sri Fatimah Abdullah beramah mesra dengan penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching semasa lawatan kerjanya di rumah kebajikan itu di Kuching semalam.

SERIAN: Projek Rumah Seri Kenangan di Batu 12 Jalan Kuching-Serian di sini dijangka siap Disember ini setelah terbengkalai hampir lima tahun.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata projek berkenaan terbengkalai akibat kecuaian kontraktor sebelum ini.

“Projek ini yang bermula pada 2012 sepatutnya siap pada 2015 lalu tetapi gagal disiapkan mengikut jadual dan terbengkalai sehingga terpaksa ditender semula,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja sambil meraikan Hari Bapa di Rumah Seri Kenangan Kuching di Jalan Datuk Mohd Musa, di sini semalam.

Menurut Fatimah lawatan Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden minggu lepas bersama JKR (Jabatan Kerja Raya) sebagai agensi pelaksana, kontraktornya memberi jaminan projek yang bernilai RM20 juta itu meningkat menjadi RM24.2 juta kerana ditender semula dan akan siap hujung tahun ini.

Projek yang digelar sebagai projek sakit selalunya kata fatimah terpaksa ditender semula maka penambahan peruntukan terpaksa juga dikeluarkan.

Fatimah juga berharap Projek Rumah Seri Kenangan di Sibu dapat disiapkan pada hujung tahun ini juga.

Continue Reading

Previous: Polis pantau premis nombor ramalan
Next: 4 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.