Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah roboh dipukul ombak, JPS diminta ambil langkah segera
  • WILAYAH

Rumah roboh dipukul ombak, JPS diminta ambil langkah segera

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUSNAH… Datuk Rosey Yunus ketika menemui Bihie Ismail pemilik rumah yang roboh dipukul ombak di Kampung Bungai hari ini. Foto: Adum Liu

BEKENU: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) perlu laksanakan segera untuk melakukan pemantauan tebing pantai Kampung Bungai di sini.

Kerahan itu adalah bagi menjaminkan keselamatan rumah-rumah tidak roboh dipukul ombak besar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata benteng perlu dibina kerana sudah ada sebuah rumah telah roboh di Kampung Bungai.

“Saya tidak mahu dengar tender sudah ada, yang saya mahu ialah melihat pelaksanaannya. Laksanakan kerja dengan serius, jauh dari pantai demi keselamatan rumah-rumah.

“Selain itu, juga dimaklumkan terdapat sebuah lagi rumah turut mengalami keadaan hampir sama akibat pukulan ombak,” jelasnya.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di lokasi kejadian rumah roboh di Kampung Bungai hari ini.

Tambahnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri (JKM) telah dimaklumkan tentang kejadian itu dan agar menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa terdapat pihak pelaksanaan pembinaan rumah akan datang ke sini pada Isnin depan.

“Rumah yang roboh itu merupakan Projek Khas Perumahan Nelayan Tahun 2024 (Bina Baru) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, manakala agensi pelaksanaan adalah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya lagi.

Rumah berkenaan difahamkan belum lagi diserahkan kepada pemiliknya iaitu Bihie Ismail.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lampu jalan baharu terangi Kampung Merdang Lumut, perkukuh keselamatan
Next: Rumah roboh dipukul ombak, Bihie Ismail rayu pembinaan semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.