
MARUDI : Enam pintu di Rumah (Rh) Ridap Sg Pasir musnah 100 peratus manakala empat lagi pintu
musnah 70 peratus dalam satu kebakaran petang tadi.
Sementara 13 pintu lagi berjaya diselamatkan, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi,
PPgB Jessbent Jenus.
Pihak Bomba Marudi menerima pangglian pada 1.59 petang tadi dan sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian pada 2.00 petang.
Katanya, agensi yang terlibat sama termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Jumlah kemusnahan akibat kebakaran tersebut (10 pintu) ialah RM1,700,000.00 dan anggaran kerugian harta benda bagi satu bilik seperti perabot , kelengkapan rumah, barang adat dan peralatan elektrik dianggarkan sekitar RM50,000.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.
OLEH JIKU JIGUONG