
MIRI: Rumah jenis tidak kekal beralamat Lot 172, Jalan Pujut Tanjong Batu 3 telah musnah 100 peratus dalam satu kejadian kebakaran di sini sekitar 1.30 petang tadi.
Menurut kenyataan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah terima panggilan kecemasan pada 1.49 petang dan kerah pasukan ke lokasi kejadian yang sejauh 6 kilometer dari balai.
Katanya, setiba di lokasi kejadian telah mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 10×10 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Pada masa sama, terdapat seorang penduduk kampung cuba memadam kebakaran dengan menggunakan seunit alat pemadam api.
“Setelah membuat tinjauan sekitar kawasan, pasukan bomba memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, air daripada tangki sehingga padam,” katanya.
Tambahnya, setelah api berjaya dipadam sepenuhnya, pasukan bomba bertolak balik ke balai 2.31 perang.
Pegawai Kanan yang hadir ke lokasi, TPgB II Mohammad Hamdan, Ketua (Komander Operasi) PBKII Mohammad Fairus Apit dan lima anggota polis.
Oleh Adum Liu