Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Margretta perkasa ekonomi komuniti setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah Margretta perkasa ekonomi komuniti setempat

Utusan Sarawak 1 month ago
RASMI… Datuk Larry Sng Wei Shien merasmikan pondok jeti Rumah Margretta. Foto FB Datuk Larry Sng Wei Shien

JULAU: Kejayaan Rumah Margretta di Kerangan Buloh membangunkan rumah inap desa sebagai sumber pendapatan tambahan wajar dijadikan model pembangunan pelancongan luar bandar di kawasan Parlimen Julau, kata Ahli Parlimennya, Datuk Larry Sng Wei Shien.

Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berkata, komitmen dan semangat penduduk Rumah Margretta jelas membuahkan hasil dalam memperkasa ekonomi komuniti setempat.

“Saya amat berbangga kerana Rumah Margretta telah mencapai kemajuan dalam industri pelancongan dengan membina rumah inap desa.

“Rumah inap desa ini telah membawa banyak kelebihan kepada penduduk terutamanya untuk menambah pendapatan isi rumah termasuk rumah panjang, dan Rumah Margretta ini harus dijadikan contoh,” katanya.

UNTUK ALBUM… Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama penduduk Rumah Margretta. Foto FB Datuk Larry Sng Wei Shien.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian merasmikan pondok jeti Rumah Margretta, baru-baru ini.

Larry turut berharap komuniti setempat dapat menambah ilmu dan meluaskan pemikiran tentang industri pelancongan agar aktiviti ini juga dapat memajukan memajukan rumah panjang.

“Saya berharap mereka dapat menggunakan peluang di platform digital untuk mengembangkan inap desa bagi industri pelancongan yang boleh menarik orang ramai untuk datang.

“Berani bersaing dalam industri ini kerana ia merupakan salah satu industri yang digemari ramai dan boleh memberi keuntungan tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pemimpin masyarakat agar menjalankan tugas dengan penuh keazaman, bersikap matang, berwawasan jauh, serta mampu memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

Dalam ucapannya, Larry juga menekankan kepentingan pendidikan kepada pelajar sebagai asas membentuk kepimpinan masa hadapan negara.

“Saya berharap dan menggesa anak-anak kita di Julau supaya aktif menuntut ilmu di sekolah.

“Jangan teragak-agak untuk pergi ke sekolah dan ibu bapa mesti menyokong anak-anak mereka dalam pendidikan,” katanya lagi.

Sempena program tersebut, Larry menyerahkan bantuan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM29,500 kepada enam penerima iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Margretta, JKKK Rumah Berandah Chabo, Biro Suri Rumah Margretta, Persatuan Ching Ming Julau, PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Binatang dan Biro Suri Rumah Angget Merurun.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tampil derma darah di Bank Darah Hospital Sibu
Next: Kegiatan pinjaman wang perlu ditangani segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.