
SIBU: Seiring meningkatnya kes-kes kecemasan dan juga kemalangan di musim perayaan ini, Bank Darah Hospital Sibu dengan rendah hati memohon agar para penderma sudi untuk tampil menderma darah.
Bank Darah Hospital Sibu dalam kenyataannya memberitahu, pada saat ini, stok darah berada pada paras rendah, untuk semua golongan darah.
“Kami menggesa lebih ramai warga Sibu untuk tampil menderma darah bagi memastikan Hospital Sibu mempunyai stok bekalan darah yang cukup dan tentunya berterusan,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, para penderma juga boleh ‘walk in’ ke Bank Darah Hospital Sibu untuk menderma jika mereka mempunyai kekangan untuk mengikuti kempen derma darah yang dijalankan pada hujung minggu.
“Derma darah, bantu mereka yang memerlukan. Kebaikan yang anda lakukan pada hari ini pasti akan dibalas dengan kebaikan yang berganda. Satu beg darah boleh menyelamatkan tiga nyawa,” kata kenyataan itu.
Oleh Akun Giman