Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah 100 peratusdalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah 100 peratus
dalam kebakaran

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUSNAH… Sebuah rumah dua tingkat jenis struktur kekal musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Bomba Airport, awal pagi tadi. 

MIRI: Sebuah rumah dua tingkat jenis struktur kekal musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Bomba Airport, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 1.56 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Komander Operasi, PBK II Jukarnain Jon, memaklumkan rumah berkenaan yang berkeluasan kira-kira 20 x 40 kaki persegi terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat kerana rumah tersebut difahamkan tidak berpenghuni ketika kejadian berlaku.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membentangkan satu aliran sepanjang 300 kaki menggunakan satu bukaan pada dinding dan dua nozel bagi memadam kebakaran,” katanya.

Selepas api berjaya dikawal, anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran yang boleh mencetuskan semula api.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak sembilan tahun maut, lima sekeluarga melecur dalam kebakaran di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.