Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rubiah pantau projek Jambatan Selampit, sasar siap 2026 
  • Selatan
  • WILAYAH

Rubiah pantau projek Jambatan Selampit, sasar siap 2026 

Utusan Sarawak 5 hours ago
TAKLIMAT… Datuk Rubiah Wang, (dua kiri) mendengar taklimat daripada pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia ketika meninjau tapak pembinaan Jambatan Selampit di Lundu, semalam. Foto JAPEN Lundu

LUNDU: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang turun padang meninjau perkembangan projek pembinaan Jambatan Selampit bagi menilai kemajuan serta punca kelewatan pelaksanaannya, semalam.

Lawatan ke tapak projek itu memberi peluang kepada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan kontraktor menjelaskan beberapa cabaran utama yang menjejaskan kemajuan pembinaan.

Antaranya termasuk keperluan mereka bentuk semula struktur dan tapak jambatan, kajian semula keadaan tanah serta faktor alam sekitar seperti banjir dan paras air tinggi di kawasan berkenaan.

GAMBAR KENANGAN… Datuk Rubiah Wang bergambar bersama yang lain selepas meninjau tapak pembinaan Jambatan Selampit di Lundu, semalam. Foto JAPEN Lundu

Menurut beliau, projek tersebut amat penting kepada penduduk setempat kerana ia bakal memperbaiki akses perhubungan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat Kampung Selampit dan kawasan sekitarnya.

Beliau turut berharap pihak kontraktor bersama JKR Sarawak dapat mempercepatkan pelaksanaan kerja supaya projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual baharu yang ditetapkan.

Setakat ini, pembinaan Jambatan Selampit disasarkan siap pada November 2026.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jentera baharu perkukuh kesiapsiagaan BBP Daro
Next: Ahmad Johnie bersama komuniti Daro edar juadah berbuka puasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.