Ahmad Johnie bersama komuniti Daro edar juadah berbuka puasa

Facebook
WhatsApp

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni orang ramai di sekitar pekan Daro menerusi Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Sri Kandi, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Daro serta Penjaja Kecil Daro, semalam.

Pada majlis tersebut, Ahmad Johnie bersama pihak penganjur turun padang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai di sekitar tersebut, termasuk pengunjung yang berjalan kaki serta pengguna kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

RAKAM KENANGAN… Ahmad Johnie bergambar kenangan bersama penganjur.

Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam berkongsi rezeki sepanjang Ramadan, di samping menyemarakkan amalan bersedekah serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

Oleh Akun Giman