


KEADAAN rumah di Taman Melaban, Kota Samarahn yang terlibat dengan kebakaran akibat litar pintas.
KOTA SAMARAHAN: Sebuah rumah di Taman Melaban mengalami kebakaran melibatkan ruang tamu, dipercayai akibat litar pintas dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.
Menurut Komander Operasi, Justin Basik, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.49 pagi.
“Sebuah jentera Jentera Penyelamat dan Pemadam Kebakaran (FRT) dan sebuah kenderaan utiliti Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 8 kilometer dari balai.



OPERASI pihak bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Taman Melaban, Kota Samarahan.
“Pasukan tiba di lokasi pada 10.58 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bahagian suis utama dan soket di ruang tamu rumah.
“Operasi pemadaman menggunakan satu salur bantu mula serta pengudaraan melalui tingkap berjaya mengawal api daripada merebak. Kebakaran melibatkan 15 peratus bahagian rumah,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan, hari ini.
Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya pada 11.20 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan punca dipercayai akibat litar pintas.