Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Roy Angau ucap tahniah kepada kepimpinan baharu PRS tekad terus berkhidmat untuk rakyat
  • TEMPATAN

Roy Angau ucap tahniah kepada kepimpinan baharu PRS tekad terus berkhidmat untuk rakyat

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi.

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) susulan pemilihan sempena Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-6 parti itu yang berlangsung semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Roy turut merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan yang telah mengundi dan memberi kepercayaan kepadanya sepanjang proses pemilihan tersebut.

“Walaupun keputusan tidak memihak kepada saya, saya amat terharu dan bersyukur atas sokongan yang diberikan. 

“Sokongan itu menjadi perangsang untuk saya terus bekerja lebih gigih serta komited dalam meneruskan khidmat kepada ahli dan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-6 PRS bukan sekadar proses pemilihan kepimpinan, tetapi platform memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam PRS.

“Tiada siapa yang kalah dalam pertandingan ini kerana setiap calon tampil dengan niat yang sama, iaitu memperkukuh parti demi kemenangan bersama,” ujarnya.

Roy turut mengucapkan tahniah kepada lima rakan seperjuangan yang telah diberi mandat sebagai Naib Presiden baharu PRS dan berharap kepimpinan itu akan terus diberi kekuatan serta kebijaksanaan dalam menggalas tanggungjawab.

“Semoga barisan kepimpinan baharu ini membawa PRS ke tahap lebih cemerlang. Bersama kita teruskan perjuangan dengan semangat setiakawan dan muafakat berpandukan pegangan kita ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’,” katanya.

Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-6 PRS menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu parti itu bagi penggal 2025–2028, dengan tumpuan kepada agenda memperkukuh perpaduan serta memperkasakan peranan PRS dalam landskap politik Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BDA-FORCA jalin kerjasama strategik sempena Karnival Makanan Bintulu 2026
Next: PBB Bukit Saban mantapkan kesiapsiagaan ahli Uggah tekankan kesepaduan hadapi cabaran politik semasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.