Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ros percuma untuk wanita
  • WILAYAH

Ros percuma untuk wanita

Utusan Sarawak 3 months ago
CERIA… Sekitar pengedaran bunga ros kepada orang ramai di Miri, hari ini. -FOTO UKAS

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Mobile Service Team menyambut Hari Wanita hari ini dengan mengedarkan bunga ros kepada golongan wanita di Central Market Miri dan Open Air Market sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada mereka.

Sebanyak 120 jambak bunga ros telah diedarkan dalam program itu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga kesemuanya habis dalam tempoh setengah jam sahaja.

Dalam pada itu, SUPP Piasau Mobile Service Team juga mengadakan perkhidmatan bergerak di Central Market Miri bagi memberikan khidmat nasihat dan membantu orang ramai menyelesaikan pelbagai masalah.

Sekitar 50 orang hadir pagi ini untuk mendapatkan bantuan berkaitan Senior Citizen Health Benefit (SCHB) dan kemudahan kebajikan di bawah Kad Kenyalang Gold.

Perkhidmatan bergerak ini bertujuan memastikan warga emas yang layak dapat memahami dengan jelas prosedur permohonan dan menyelesaikan permohonan dengan lancar dengan bantuan pasukan mereka, agar mereka tidak terlepas daripada menerima faedah yang sepatutnya. -UKAS

BANTU MASYARAKAT… Perkhidmatan bergerak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh warga emas di Miri. -FOTO UKAS

Continue Reading

Previous: 1,100 helai apron untuk peniaga di Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri
Next: Ilmu mampu ubah nasib individu, keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.