Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rondaan diteruskan demi keselamatan penduduk
  • Selatan
  • WILAYAH

Rondaan diteruskan demi keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 5 months ago
RONDAAN di seluruh Kampung Muhibbah yang diketuai oleh Ketua Ronda SRS, Ramli Abu Sera.

SIMANGGANG: Walaupun cuaca tidak menentu ketika ini, Skim Rondaan Sukarela (SRS) Zon 1 Kampung Muhibbah terus melakukan rondaan demi menjaga keselamatan penduduk.

Aktiviti rondaan yang diketuai oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah, Julaihi Johari serta Ketua Peronda SRS Zon 1 Kampung Muhibbah, Ramli Abu Sera sambil disertai seramai tujuh orang angggota SRS lainnya telahpun memulakan rondaan mereka bermula 10.00 malam sehingga 12.30 tengah malam, semalam.

“Seperti sedia maklum, pada ketika ini adalah musim hujan yang berlarutan dan kami SRS Zon 1 Muhibbah bagaimanapun meneruskan aktiviti rondaan ini demi menjaga keselamatan penduduk di Kampung Muhibbah.

“Aktiviti rondaan ini disertai seramai tujuh orang anggota SRS yang telah melakukan rondaaan di kawasan Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Barat dan Zon Utara dalam penempatan Kampung Muhibbah.

“Tujuannya adalah memastikan keselamatan harta benda penduduk terus terpelihara dan mengekang kehadiran aktiviti tidak sihat di kawasan Kampung Muhibbah,” kata Ketua Ronda SRS, Ramli Abu Sera.

Ramli berkata menerusi rondaan tersebut mengingatkan kepada ‘orang luar’ agar tidak cuba melakukan kegiatan jenayah di Kampung Muhibbah memandangkan SRS mereka aktif mengekang kegiatan tersebut.

Continue Reading

Previous: Media jambatan utama antara Bintulu Port, masyarakat
Next: Rokok seludup bernilai RM657,600 dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.