Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo tenang hadapi kecaman, dakwa dikritik sejak 23 tahun lalu
  • SUKAN

Ronaldo tenang hadapi kecaman, dakwa dikritik sejak 23 tahun lalu

Utusan Sarawak 4 hours ago

RONALDO menjawab soalan wartawan pada sidang media menjelang aksi Portugal menentang Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia. – Foto AFP

ARLINGTON, Amerika Syarikat: Cristiano Ronaldo mengakui dia bukan lagi pemain seperti dahulu, namun menegaskan kritikan berterusan terhadapnya sejak 23 tahun lalu tidak akan mematahkan semangatnya.

Bintang Portugal berusia 41 tahun itu tampil penuh yakin, bersahaja dan emosional menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Sepanyoldi Stadium AT&T, Arlington, pada 3 pagi esok (waktu Malaysia) yang dijangka menjadi penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia.

Bekas bintang Manchester United, Juventus dan Real Madrid itu bagaimanapun enggan mendedahkan bila dia akan menamatkan karier bersama skuad kebangsaan.

“Saya bukan lagi pemain seperti dahulu, tetapi saya juga tidaklah seteruk itu,” katanya sambil mengingatkan bahawa dia sudah menjaringkan tiga gol di Piala Dunia kali ini, termasuk dua ketika membelasah Uzbekistan 5-0 di peringkat kumpulan dan satu menerusi penalti ketika menewaskan Croatia 2-1 pada pusingan 32 terbaik.

Ronaldo berkata dia sudah lali dengan kritikan sejak mula mencipta nama pada usia 18 tahun.

“Keadaan ini sudah berlaku sejak saya berusia 18 tahun dan ia tidak akan berubah.

“Saya sentiasa memberikan jiwa dan raga demi mencapai matlamat pasukan. Sama ada bermain atau tidak, saya tetap mempunyai peranan penting.

“Saya akan berhenti apabila saya yang membuat keputusan, bukannya apabila anda yang menentukannya,” katanya.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa itu turut menyindir wartawan yang sering mempersoalkan masa depannya.

“Selama 23 tahun anda cuba ‘membunuh’ saya, tetapi anda sepatutnya sudah sedar ia hanya membuang masa. Anda terus mencuba dan mencuba, tetapi saya sudah biasa dengan semua ini,” katanya.

Ronaldo menegaskan kejayaan atau kegagalan memenangi Piala Dunia tidak akan mengubah siapa dirinya.

“Saya tidak akan menjadi lebih atau kurang Cristiano Ronaldo hanya kerana memenangi Piala Dunia.

“Usia memberikan kematangan dan pengalaman. Saya juga berterima kasih atas setiap kecaman selepas usia saya melepasi 40 tahun kerana kritikan membantu saya menjadi lebih baik,” katanya.

Mengulas aksi menentang Sepanyol, negara yang dianggapnya sebagai rumah kedua selepas menyarung jersi Real Madrid, Ronaldo mengakui Portugal bukan pilihan.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar. Kami perlukan keyakinan, perlu berlari tanpa henti dan bermain dengan berani,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Bellingham bawa England ke suku akhir, atasi Mexico 3-2
Next: Tuchel puji kemenangan ‘heroik’ England, anggap aksi seperti ‘final awal’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.