Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 penampilan terakhirnya
  • SUKAN

Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 penampilan terakhirnya

Utusan Sarawak 10 hours ago
CRISTIANO Ronaldo menjalani sesi memanaskan badan menjelang perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 antara Portugal dan Sepanyol di SMU, Dallas, Texas, pada 3.00 pagi esok (waktu Malaysia). Foto AFP

DALLAS: Kapten Portugal Cristiano Ronaldo mengesahkan pada Ahad bahawa Piala Dunia FIFA 2026 yang sedang berlangsung akan menjadi penampilan terakhirnya dalam kejohanan itu, lapor Xinhua.

“Ini akan menjadi Piala Dunia terakhir saya, tetapi saya berharap esok bukan perlawanan terakhir saya,” kata Ronaldo kepada pemberita menjelang aksi pusingan 16 terbaik menentang Sepanyol.

“Saya rasa saya tidak mengharungi Piala Dunia yang buruk. Saya sudah menjaringkan tiga gol. Kita lihat sama ada saya dapat menambah satu lagi gol esok.”

Pemain berusia 41 tahun itu menjaringkan dua gol ketika menentang Uzbekistan pada saingan peringkat kumpulan dan menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Croatia pada pusingan 32 terbaik, yang juga gol pertamanya pada peringkat kalah mati Piala Dunia.

Beliau telah meledak 11 gol di pentas Piala Dunia, termasuk menjaringkan gol dalam enam edisi berturut-turut sejak penampilan sulungnya di Jerman pada 2006.

Ketika ditanya berulang kali mengenai persaraan, Ronaldo berkata keputusan itu terletak sepenuhnya di tangannya.

“Sama ada saya bermain atau tidak, saya akan sentiasa memainkan peranan penting bersama pasukan kebangsaan ini. Saya akan menamatkan karier apabila saya sendiri memutuskan masanya, seperti yang saya katakan beberapa tahun lalu,” katanya.

“Sejujurnya, apa sahaja yang berlaku esok, saya akan meninggalkan kejohanan ini dengan hati yang tenang, bukan 100 peratus tetapi 1,000 peratus kerana saya telah memberikan segala-galanya kepada bola sepak,” tambahnya.

Ronaldo telah membuat 232 penampilan bersama Portugal dan meledak 146 gol di peringkat antarabangsa.

Beliau mengetuai Portugal meraih gelaran utama pertama negara itu pada Euro 2016 sebelum menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA pada 2019 dan 2025.

Mengulas mengenai kejohanan itu, Ronaldo yang kelihatan sebak memuji semangat luar biasa yang ditunjukkan para penyokong.

“Piala Dunia kali ini diwarnai dengan semangat orang ramai. Bukan sahaja semangat kami untuk beraksi dalam kejohanan sebesar ini, malah semangat peminat bola sepak dari seluruh dunia,” katanya.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tuchel puji kemenangan ‘heroik’ England, anggap aksi seperti ‘final awal’
Next: Gandingan Adelia-Adania rangkul gelaran juara Boling Remaja Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.