Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo jaring gol ke-960, bantu Al Nassr atasi Damac
  • SUKAN

Ronaldo jaring gol ke-960, bantu Al Nassr atasi Damac

Utusan Sarawak 3 hours ago
CRISTIANO Ronaldo terus berbisa, ledak gol ke-960 dalam kemenangan Al Nassr.

LONDON: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-960 dalam karier profesionalnya pada Rabu untuk membantu Al Nassr meraih kemenangan penting dalam usaha memburu kejuaraan Liga Pro Saudi, lapor PA Media/dpa.

Penyerang Portugal itu menggandakan jaringan buat pasukannya ketika mereka menewaskan Damac 2-1 di tempat lawan, sekali gus naik ke tangga kedua liga dan merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pendahulu Al Hilal.

Ronaldo, selaku penjaring terbanyak liga, meledakkan gol ke-16 musim ini dari sudut sukar pada awal babak kedua selepas menerima hantaran rakan senegara, Joao Felix.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid berusia 40 tahun itu menyatakan pada bulan lepas bahawa beliau tidak akan bersara sebelum mencapai sasaran 1,000 gol sepanjang karier bola sepaknya.

Terdahulu, Abdulrahman Ghareeb membuka tirai jaringan untuk Al Nassr pada minit kelima.

Jamal Harkass merapatkan kedudukan pada minit ke-68 namun Al Nassr berjaya mempertahankan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Ronaldo menyangka beliau telah berjaya menambah gol kedua peribadi di penghujung perlawanan, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.