Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo bantu Portugal benam Sweden
  • SUKAN

Ronaldo bantu Portugal benam Sweden

Utusan Sarawak 5 years ago

Portugal's forward Cristiano Ronaldo shoots to score his second goal during the UEFA Nations League football match between Sweden and Portugal on September 8, 2020 in Solna, Sweden. (Photo by Jonathan NACKSTRAND / AFP)

CRISTIANO Ronaldo melakukan rembatan untuk menjaringkan gol keduanya semasa perlawanan Liga Negara UEFA antara Sweden dan Portugal di Solna, Sweden. • Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan dua gol yang menakjubkan untuk membawanya kepada 101 gol antarabangsa untuk Portugal dalam kemenangan 2-0 ke atas 10 pemain Sweden dalam perlawanan Liga Negara UEFA semalam.

Ronaldo memecahkan angka 100 sejurus sebelum rehat, penyerang Juventus yang berusia 35 tahun itu melakukan sepakan percuma melengkung daripada jarak 23 metar ke sudut paling kiri gawang penjaga gol Sweden, Robin Olsen sebagai tonggak kenangan dalam kariernya yang penuh dengan trofi.

Gol kedua bonus, dan gol ke-101nya, muncul pada minit ke-72, bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu melepasi benteng pertahanan Sweden dan menghasilkan penyudah tepat ke sudut gawang dari jarak 18 meter.

“Ia adalah dua gol penting kerana ini bermakna saya berjaya mencapai tahap yang saya cari,” kata Ronaldo kepada televisyen awam Portugal, RTP.

“Saya sangat gembira, pertama kerana pasukan menang dan tentunya menjaringkan gol ke-100 dan kemudian ke-101, dua gol hebat.”

Sambil mengakui kesihatan menjadi yang pertama, dia meratapi penguasaan Covid-19 dalam stadium yang kosong di Solna.

“Sedih bermain tanpa peminat, seperti pergi ke sarkas tanpa badut atau ke taman tanpa bunga,” kata Ronaldo.

“Berbicara untuk diri sendiri, ketika saya bermain dalam perlawanan di tempat lawan saya diejek, ia memberi saya motivasi.”

Selepas membuat penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa sebagai pemain berusia 18 tahun pada tahun 2003, Ronaldo menjaringkan gol pertamanya untuk Portugal dalam kekalahan 2-1 kepada Greece, yang akhirnya memenangi Euro 2004.

Ronaldo, yang membuat 165 penampilan untuk Portugal, berada di kedudukan kedua setelah Ali Daei dari Iran, dengan 109 gol, dalam senarai penjaring gol antarabangsa lelaki terbanyak.

“Rekod tersebut, ini langkah demi langkah,” kata Ronaldo. “Ini bukan obsesi kerana saya fikir rekod datang secara semula jadi.”

Sangat luar biasa untuk Ronaldo, hanya 17 daripada 100 golnya telah dicapai dalam perlawanan persahabatan, dan sembilan hatriknya semuanya dilakukan dalam kejohanan FIFA atau UEFA atau perlawnaan kelayakan. – AFP

Continue Reading

Previous: Osaka ‘balas dendam’ terhadap Rogers
Next: Malaysia raih empat slot berbasikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.