Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RON97,RON95 naik lima sen, diesel dua sen
  • SEMASA

RON97,RON95 naik lima sen, diesel dua sen

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lima sen manakala diesel pula naik dua sen bagi tempoh 6 hingga 12 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.78, RON95 (RM1.48) dan diesel RM1.63.

Kenaikan harga ini disebabkan peningkatan harga produk yang diproses seiring kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu.-Bernama

Continue Reading

Previous: PENJANA ransang ekonomi negara
Next: KM panelis webinar ‘Post COVID-19’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.