Roket Long March-8A hantar satelit internet ke angkasa

Facebook
WhatsApp
CHINA melancarkan roket pembawa Long March-8A hari ini dari wilayah pulau Hainan di selatan negara itu bagi menghantar sekumpulan satelit internet ke angkasa lepas.

WENCHANG: China melancarkan roket pembawa Long March-8A hari ini dari wilayah pulau Hainan di selatan negara itu bagi menghantar sekumpulan satelit internet ke angkasa lepas, lapor Xinhua.

Roket berkenaan berlepas pada 7.26 pagi waktu tempatan dari tapak pelancaran kapal angkasa komersial Hainan.

Pelancaran itu berjaya meletakkan muatan, iaitu kumpulan ke-17 satelit internet orbit rendah ke orbit yang ditetapkan.

-Bernama