Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Roket Blue Origin meletup di tapak pelancaran
  • GLOBAL

Roket Blue Origin meletup di tapak pelancaran

Utusan Sarawak 11 hours ago
ROKET New Glenn milik Blue Origin meletup ketika berada di tapak pelancaran di Cape Canaveral.

CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat: Blue Origin melaporkan bahawa roket New Glenn miliknya meletup ketika berada di tapak pelancaran di Cape Canaveral, menurut laporan media Amerika Syarikat pada Khamis.

“Kami mengalami anomali semasa ujian hotfire hari ini,” kata syarikat itu menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di X, sambil menambah bahawa “semua kakitangan telah dikenal pasti berada dalam keadaan selamat.”

Rakaman video kejadian menunjukkan asap keluar dari bahagian bawah roket sebelum ia terbakar sepenuhnya dan menghasilkan bebola api yang besar.

Ahli Kongres Florida, Mike Haridopolos, yang mewakili kawasan Cape Canaveral, berkata menerusi kenyataan di X bahawa beliau telah berhubung dengan Pentadbir NASA, Jared Isaacman, berhubung letupan itu.

“Saya bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan dan berterima kasih kepada pasukan penyelamat, jurutera serta kru pelancaran yang bertindak pantas,” katanya.

Letupan itu merupakan insiden terbaharu yang menjejaskan syarikat penerokaan angkasa lepas milik bilionair Jeff Bezos itu.

Bulan lalu, roket New Glenn gagal melaksanakan misi menghantar satelit komunikasi ke orbit yang sepatutnya, sekali gus mencetuskan siasatan. — AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Aset ketua mafia bernilai lebih RM1.01 bilion dirampas di Itali
Next: Remaja California juara pertandingan ejaan AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.