Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM67 bilion bukti komitmen kerajaan terhadap masa depan pendidikan
  • Tengah
  • WILAYAH

RM67 bilion bukti komitmen kerajaan terhadap masa depan pendidikan

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie merasmikan Program Ngopi-Ngopi di Rumah Wilson Baba, Po Ai, dekat sini hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SRI AMAN: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menjadi pelan pembangunan lima tahun yang komprehensif, termasuk memberi penekanan besar terhadap sektor pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM67 bilion sehingga 2030.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, jumlah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan masa depan pendidikan anak-anak di seluruh negara terus terjamin.

“Pendidikan adalah asas kemajuan bangsa. Peruntukan ini membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ngopi-Ngopi yang diadakan di Rumah Wilson Baba, Po Ai, dekat sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Doris turut menggesa agar masyarakat luar bandar meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan komuniti masing-masing.

“Jika kita mahu melihat transformasi luar bandar, ia mesti bermula dengan pelaburan dalam pendidikan anak-anak,” tegasnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JKM terus menyantuni komuniti pedalaman melalui Program Jangkauan
Next: Tun Wan Junaidi luang masa makan malam bersama keluarga di Restoran The Tai Tai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.