Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM500 kepada semua rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

RM500 kepada semua rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
KUKUHKAN SOKONGAN … SUPP mengibarkan bendera GPS dan SUPP semasa lagu parti berkumandang ketika majlis Perasmian Konvensyen Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Ibu Pejabat SUPP, Kuching semalam.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggesa Kerajaan Sarawak untuk menggunakan dana RM3.18 bilion yang dikumpulkan pada tahun 2019 hasil daripada bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dalam eksport petroleum.

Presidennya, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian menjelaskan dalam ucapannya bahawa dana berkenaan boleh digunakan untuk memberi suntikan sekali bayar RM500 kepada semua rakyat Sarawak.

“Daripada dana itu kita juga dapat menubuhkan dana amanah khas untuk pembangunan sumber manusia untuk bagi membantu generasi akan datang dalam latihan kemahiran, penyelidikan teknologi dan pembangunan perniagaan,” katanya dalam satu ucapan di Majlis Konvensyen Tahunan SUPP.

Jelasnya lagi, untuk menjamin generasi akan datang boleh terus menikmati faedah daripada hasil gas dan minyak walaupun selepas kita mengalami kekurangan sumber, dengan menubuhkan Dana Kerajaan Sarawak hasil suntikan daripada dana tersebut.

Ini adalah satu daripada enam resolusi yang di sampaikan dalam Majlis tersebut selain menyatakan sokongan sepenuhnya dengan presiden Gabungan Parti Sarawak  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pilihanraya negeri kelak.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Oleh Asyraf Halim

Continue Reading

Previous: Terus pertahan kubu terkuat GPS
Next: PRN-12 TETAP DIADAKAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.