Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RM50 juta diperuntukkan bantu rakyat
  • NASIONAL

RM50 juta diperuntukkan bantu rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
BERMESYUARAT… Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah yang diadakan semalam bagi membincangkan isu berkaitan pandemik Covid-19 termasuk usaha mengekang penularan wabak berkenaan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk bakul makanan kepada penduduk-penduduk terkesan di empat daerah terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji berkata, semua pengurusan berkaitan isu Covid-19 di Sabah juga akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri.

Beliau berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, manakala Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi pula menjadi timbalan pengerusi dan ahli-ahlinya terdiri daripada agensi negeri serta persekutuan yang berkaitan.

“Dengan ini, Sabah Covid-19 Command Centre dimansuhkan dan peranannya diletakkan di bawah jawatankuasa ini,” katanya.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri Sabah yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Selasa.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah, iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, selain dua lagi menteri Kabinet iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun serta Menteri Pembangunan Luar Sabah Datuk Jahid Jahim.

— Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM tahan pengarah urusan kemuka dokumen palsu
Next: RFP dibuka tiga bulan lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.