Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM30 juta naik taraf Semenggoh
  • TEMPATAN

RM30 juta naik taraf Semenggoh

Utusan Sarawak 5 years ago
BERPOTENSI… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menandatangani plak sebagai gimik Majlis Perletakan Batu Asas Semengoh Rainforest Discover Centre Serta Pelancaran Perhubungan Internet di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukan sebanyak RM30 juta kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk menaik taraf kemudahan melibatkan infasktruktur dan aksesibiliti di Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk untuk menaik taraf kemudahan dan fasiliti yang merupakan pelan pembangunan tersebut yang dibahagikan kepada tiga bahagian sebagai tarikan pelancongan.

“Yang pertama adalah kita naik taraf pintu masuk utama pusat ini dan akan menambah kemudahan kenderaan ‘buggy’ untuk kemudahan pengunjung masuk dari pintu utama sehingga ke dalam yang mana diuruskan oleh SFC.

“Kedua adalah kita bina Taman Botani kerana di sini banyak tumbuh-tumbuhan tropika yang mempunyai nilai dan penting untuk kita pelihara selain akan mempunyai kemudahan makmal kajian.

“Dan seterusnya kita melihat fasiliti lain yang boleh dibangunkan seperti habitat haiwan liar lain, penanaman orkid serta menaik taraf kemudahan jalan menggunakan kayu berbanding konkrit sesuai dengan usaha kita memelihara hutan ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perletakan Batu Asas untuk Semenggoh Rainforest Discovery Centre dan Pelancaran Sambungan Internet bertempat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Menurutnya, kesemua fasiliti yang dinaik taraf tersebut akan dihubungkan antara satu sama lain dan pada masa yang sama Kerajaan Sarawak turut menaik taraf kemudahan internet.

“Sehubungan itu kita turut menaik taraf capaian internet pantas di sini yang mana akan dilaksanakan oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA).

“Dengan adanya internet pantas di pusat ini, ia akan membolehkan pengunjung berhubung dengan dunia luar mengenai apa yang ada di Semenggoh.

“Mengenai teknologi maklumat (IT), kita juga akan bangunkan perhubungan masa sebenar (real time connectivity) dan ia adalah pendekatan baru pelancongan kita selain dapat memasarkan Sarawak sebagai destinasi semula jadi,” jelasnya.

Ujarnya, dengan adanya semua kemudahan tersebut dalam masa lima tahun ini, ia pasti akan dapat menarik lebih banyak masyarakat luar datang ke negeri ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang Lo Khere Chiang dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tanggung sepenuhnya
Next: Pemuda DAP perlu diambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.