Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM282 juta bagi projek jalan, bekalan air di DUN Meluan
  • Selatan
  • WILAYAH

RM282 juta bagi projek jalan, bekalan air di DUN Meluan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ROLLAND Duat Jubin hadir pada majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diadakan di Dewan Masyarakat Julau semalam. Foto UKAS

JULAU: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM282 juta bagi melaksanakan dua projek infrastruktur utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

Peruntukan tersebut merangkumi pembinaan jalan dari Nanga Lasi ke Suchong Balut bernilai RM92 juta, serta projek bekalan air yang melibatkan kos sebanyak RM190 juta.

Kedua-dua projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, pelaksanaan projek berkenaan dijangka dapat menyelesaikan isu utama penduduk, khususnya berkaitan bekalan air bersih.

“Projek ini merangkumi kawasan Lasi, Meluan dan Nanga Entabai yang melibatkan lebih 10,000 penduduk,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan projek ini mencerminkan keprihatinan tinggi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap keperluan rakyat di kawasan pedalaman, termasuk di Meluan.

Rolland berkata demikian semasa menyempurnakan majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diadakan di Dewan Masyarakat Julau semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 88 Ketua Masyarakat dan Kaum (KMKK) serta 127 Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Daerah Julau telah menerima Sijil Pelantikan masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, 10 tuai rumah adalah lantikan baharu manakala seorang Penghulu dan 77 lagi tuai rumah adalah pelantikan lanjutan.

Bagi jawatan Setiausaha JKKK pula, 21 orang adalah lantikan baharu dan 106 orang merupakan lanjutan perkhidmatan.

Beliau menegaskan pentingnya tanggungjawab dan komitmen pemimpin akar umbi dalam memacu pembangunan di peringkat komuniti.

“Tugas sebagai Ketua Kaum dan Masyarakat serta Setiausaha JKKK bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut pengurusan harian kampung atau rumah panjang dengan baik, serta menjadi penghubung utama antara komuniti dan agensi kerajaan,” katanya. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Elak bina rumah di kawasan berisiko
Next: Majlis ramah tamah Aidilfitri meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.