Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis ramah tamah Aidilfitri meriah
  • Tengah
  • WILAYAH

Majlis ramah tamah Aidilfitri meriah

Utusan Sarawak 4 weeks ago

BINTANGOR: Suasana di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor malam tadi cukup meriah apabila warga bomba, pesara serta ahli keluarga masing-masing menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata majlis yang bermula pada 7.00 malam itu berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni.

“Majlis yang diadakan di ruang bilik jentera BBP Bintangor ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara anggota bomba, malah turut menghimpunkan pesara yang pernah berkhidmat di sini.

“Sambutan Aidilfitri kali ini cukup bermakna kerana bukan sahaja kita menghargai jasa bekas anggota, tetapi juga memberi peluang untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dalam suasana santai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, semangat kekeluargaan merupakan nilai penting dalam membentuk pasukan yang kukuh dan berdaya tahan.

“Kehadiran pesara serta keluarga anggota menyerlahkan semangat perpaduan yang menjadi teras perkhidmatan kami.

“Antara pengisian menarik sepanjang majlis ialah pertandingan gerai terbaik yang disertai setiap pasukan BBP Bintangor.

“Bagi menceriakan lagi suasana, pemberian duit raya kepada kanak-kanak turut diadakan,” jelasnya.

Lebih istimewa, katanya, majlis turut dimeriahkan dengan kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai yang diraikan oleh keluarganya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM282 juta bagi projek jalan, bekalan air di DUN Meluan
Next: Tiong Sii sumbang katil pesakit boleh laras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.