Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2.14 juta pampasan tanah, buka laluan pembangunan baharu Nanga Budu
  • Tengah
  • WILAYAH

RM2.14 juta pampasan tanah, buka laluan pembangunan baharu Nanga Budu

Utusan Sarawak 5 hours ago
FRIDAY Belik pada majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah yang terlibat dengan Projek Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu (NGC) Nanga Budu, di Pejabat Daerah Saratok, kelmarin. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Seramai 28 penduduk menerima pampasan berjumlah RM2.14 juta bagi pengambilan tanah untuk Projek Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu (NGC) di Nanga Budu, sekali gus menandakan langkah penting ke arah transformasi sosioekonomi kawasan luar bandar di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian dan Parlimen Saratok.

Projek yang diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri pada 17 Oktober 2024 itu dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sebagai agensi pelaksana, dengan fokus memperkukuh pembangunan komuniti Iban di kawasan berkenaan.

Keseluruhan projek melibatkan keluasan tanah 42.42546 hektar merangkumi 31 lot, terdiri daripada dua lot tanah berhak milik dan 29 lot tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Sebanyak 31 keping cek pampasan diserahkan kepada penerima yang layak melibatkan 28 individu.

Jumlah pampasan sebanyak RM2,139,241.75 yang diperuntukkan oleh kerajaan Sarawak membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pemilik tanah menerima bayaran yang adil dan sewajarnya bagi menjayakan agenda pembangunan negeri.

Majlis penyerahan cek pampasan tersebut berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, yang menyifatkan pembangunan Nanga Budu sebagai satu inisiatif strategik untuk merancakkan pertumbuhan kawasan pedalaman.

Menurut beliau, pampasan tanah berjumlah RM2.14 juta itu telah diluluskan kerajaan Sarawak bagi pengambilan semula tanah yang terlibat di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Beliau berkata, projek berkenaan dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kemudahan awam, peluang pekerjaan serta aktiviti ekonomi baharu yang mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Pada masa sama, Fasa Pertama Pelan Induk Pembangunan Daerah Kecil Nanga Budu yang sedang dilaksanakan oleh LCDA merangkumi pembinaan bangunan pejabat baharu dan kuarters, dewan masyarakat, kompleks sukan mini serta beberapa unit kedai yang bakal menjadi nadi pertumbuhan baharu kawasan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek pelebaran Jalan Pei Yuan Sungai Moyan 3 siap sepenuhnya
Next: Empat projek berimpak tinggi BDDA di DUN Kalaka diperhalusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.