Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM154,000 disalurkan kepada Biro Wanita Bekenu untuk sokong aktiviti komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

RM154,000 disalurkan kepada Biro Wanita Bekenu untuk sokong aktiviti komuniti

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH….Datuk Rosey Yunus merakam kenangan bersama para penerima peruntukan pada pada majlis penyerahan MRP DUN Bekenu di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bekenu, semalam.

BEKENU: Peranan Biro Wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu terus diperkukuh apabila sejumlah RM154,000 disalurkan melalui geran peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) bagi menyokong aktiviti komuniti setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, berkata peruntukan itu diserahkan kepada 48 Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita.

Menurut beliau yang juga ADUN Bekenu, MRP ini sekali gus membantu memperkasakan program peningkatan kemahiran, penjanaan pendapatan serta aktiviti kebajikan.

“Peranan Biro Wanita luar bandar semakin penting dalam memastikan golongan wanita mendapat peluang sama rata terutama dalam aspek ekonomi dan penguasaan teknologi digital.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, menyerahkan geran MRP kepada wakil Biro Wanita dan JKKK DUN Bekenu, semalam.

“Saya mencadangkan program menghidupkan kembali warisan masakan tradisional seperti pansuh dan kuih bahulu, selain memperkenalkan semula fesyen pakaian lama agar generasi muda dapat mempelajarinya dan memastikan warisan tersebut terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan MRP DUN Bekenu di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bekenu, semalam.

Rosey turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Biro Wanita yang terus aktif menganjurkan program meskipun berdepan pelbagai cabaran, selaras dengan hasrat melahirkan komuniti wanita luar bandar yang mahir memanfaatkan teknologi bagi tujuan pemasaran dan pembangunan ekonomi keluarga.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pelbagai pihak berganding bahu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Long Loyang
Next: BEM Bintulu hulur bantuan kepada keluarga terjejas kebakaran di Kuala Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.