BEM Bintulu hulur bantuan kepada keluarga terjejas kebakaran di Kuala Tatau

Facebook
WhatsApp
BEM Bahagian Bahasa Cina Bintulu menyerahkan sumbangan kepada keluarga terjejas kebakaran di Rumah James Kalip, Kuala Tatau di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) Bahagian Bahasa Cina Bintulu menyalurkan bantuan kepada penduduk Rumah James Kalip di Kuala Tatau yang terjejas akibat kebakaran baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, rombongan melibatkan para jemaat yang turun padang bagi menyampaikan bantuan keperluan asas kepada keluarga terjejas.

Walaupun jumlah bantuan adalah terhad, pihak gereja berharap sumbangan tersebut dapat memberi kekuatan dan keyakinan kepada mangsa untuk membina semula kediaman mereka.

Gereja itu turut menggalakkan masyarakat untuk terus peka terhadap keperluan komuniti serta bersama-sama berjalan dalam semangat kasih dan keprihatinan bagi membawa harapan kepada lebih ramai keluarga yang memerlukan.