Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM100 juta diluluskan untuk UNIFOR bagi 2023
  • TEMPATAN

RM100 juta diluluskan untuk UNIFOR bagi 2023

Utusan Sarawak 2 years ago

SERAH... Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan Geran Operasi Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Tahun 2022 kepada 15 penerima.

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperuntukkan sebanyak RM255 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sejak 2017.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia bukti komitmen kerajaan GPS dalam melindungi kesejahteraan rakyat Sarawak bagi memastikan semua agama di negeri ini terus sentiasa dijaga.

“Bagi 2023, Premier Sarawak, telah meluluskan sebanyak RM100 juta lagi untuk UNIFOR.

“Kami akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua agama akan sentiasa dijaga dan dengan adanya kerajaan GPS akan terus melindungi malah menjaga kebebasan beragama di Sarawak seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis ‘Thank You Sir’ di Kuching pada Khamis.

Jelas Uggah, sejak 2017 Premier Sarawak telah memperuntukkan RM255 juta untuk UNIFOR dan ramai mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut.

“Daripada jumlah peruntukan RM100 juta itu, saya berharap agar sebanyak RM30 juta dapat disalurkan kepada sekolah mubaligh.

“Saya amat pasti perpaduan kaum, agama, toleransi yang kita ada di Sarawak akan diteruskan dalam perjalanan menuju ke 2030 untuk menjadi negeri paling aman di Malaysia.

“Ini supaya kita dapat bersama meneruskan kehidupan menjaga keluarga, anak-anak termasuk rakan-rakan dan seterusnya akan dihargai oleh generasi akan datang,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan Geran Operasi Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Tahun 2022 kepada 15 penerima.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: DUN: Mohon sekolah menengah untuk Batu Kitang
Next: Toh Puan Raghad serah sumbangan kepada Home of Peace, Salvation Army

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.