Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Rizky Febian ‘kunci hati’ ribuan peminat di Kuching
  • HIBURAN

Rizky Febian ‘kunci hati’ ribuan peminat di Kuching

Utusan Sarawak 7 months ago
PUKAU PEMINAT… Aksi Rizky Febian di Festival Jazz Kuching 2024 berjaya memukau peminat di Kuching Waterfront Esplanade semalam.

KUCHING: Lagu Kesempurnaan Cinta dendangan Rizky Febian berjaya ‘mengunci hati’ peminat yang hadir pada Festival Jazz Kuching 2024, menjadikannya sebagai malam yang tidak dapat dilupakan.

Persembahan yang dinanti-nantikan itu merupakan aksi pertama penyanyi kelahiran Indonesia itu di Sarawak, berjaya menarik ramai pengunjung di Kuching Waterfront Esplanade, di sini, semalam.

RIZKY berjaya membuatkan peminatnya teruja menerusi persembahan bertenaga.

Muncul pada penghujung konsert, Rizky berjaya membuatkan penonton menyanyi bersamanya menerusi lagu Hingga Tua Bersama sambil melaungkan nama Rizky.

Sepanjang persembahannya, Rizky menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu hits popular seperti Terlukis Indah, Cuek, Makna Cinta, dan Mantra Cinta, menerusi aksi bertenaga dan memukau.

PERSEMBAHAN Atilia.

Pada sesi bertemu dengan peminat, penyanyi ini melahirkan harapan agar isterinya, Mahalini, penyanyi terkenal Indonesia, dapat dijemput ke Kuching Jazz Festival tahun hadapan.

“Doakan sahaja agar tahun depan kami dapat menyampaikan persembahan yang luar biasa. Apa yang paling penting ialah kami terus menghiburkan orang ramai,” katanya.

MENGHIBURKAN… Persembahan Aruel & The Fasola turut menghiburkan peminat.

Malam kedua festival itu juga menampilkan persembahan bertenaga daripada penghibur seperti Improviser, Fazz, Sang Timur Band, Aruel & The Fasola, dan Atilia Haron, menambah barisan festival yang dinamik.

Walaupun hujan lebat pada awalnya, namun lebih 1,500 pengunjung tetap membanjiri Kuching Waterfront Esplanade dengan penuh keterujaan. – UKAS

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Malam Nostalgia ‘Down Memory Lane’ hargai artis Pop Yeh Yeh 1 Nov ini di Miri
Next: Artis terkenal negara, antarabangsa bakal meriahkan Borneo Jazz Festival di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.