Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$104.21 bilion
  • BISNES

Rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$104.21 bilion

Utusan Sarawak 5 years ago
BANK Negara Malaysia (BNM).

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir Julai 2020, dengan aset rizab rasmi sebanyak AS$104.21 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam kenyataan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$911.5 juta pada akhir Julai 2020.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing apabila matang berjumlah AS$8.83 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara,” katanya.

Bank pusat berkata kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$8.65 bilion manakala jumlah kedudukan hadapan panjang adalah sebanyak AS$880.0 juta pada akhir Julai 2020, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

“Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek,” katanya.

Menurut BNM, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.31 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang, dan satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$277.7 juta.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.  – Bernama

Continue Reading

Previous: MOF sahkan pembayaran AS$2.5 bilion
Next: Peniaga berhati-hati terhadap prestasi perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.