Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RISEAP berperanan beri perkhidmatan kepada negara minoriti Islam
  • SEMASA

RISEAP berperanan beri perkhidmatan kepada negara minoriti Islam

Utusan Sarawak 5 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet pada majlis pembukaan Perhimpunan Agung RISEAP Ke-20 di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

PHNOM PENH (Kemboja): Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) berperanan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada negara-negara minoriti Islam Asia Tenggara dan rantau Pasifik.

Premier Sarawak merangkap Presiden RISEAP Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting untuk organisasi RISEAP dan ahli untuk memahami dengan baik situasi sekeliling yang berlaku dan membina ikatan yang padu antara umat Islam dan agama lain.

“Sejak penubuhan 44 tahun yang lepas, RISEAP telah menjadi sebuah organisasi Islam yang luas untuk komuniti minoriti Islam di Asia Tenggara dan rantau Pasifik dengan objektif memupuk persefahaman, kerjasama dan berkongsi amalan terbaik.

“Oleh itu, saya ingin menyeru para perwakilan untuk menekankan pendekatan yang digiatkan semula dalam penyebaran mesej Islam bukan sahaja di kalangan orang bukan Islam tetapi juga untuk orang Islam itu sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pembukaan Perhimpunan Agung RISEAP Ke-20 di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar.

Abang Johari pada masa sama berkata, pendekatan atau strategi yang kini dikenali sebagai Da’wah Bil Hal menekankan kepada beramal dan khidmat masyarakat seperti yang dianjurkan dalam Islam untuk memberikan imej positif agama kepada bukan Islam sambil berusaha untuk menggalakkan perpaduan yang lebih erat dan mengangkat kehidupan yang lebih baik di rantau ini.

“Hari ini RISEAP dan ahlinya akan memperingati tahun ke-44 kewujudannya dan kita mempromosikan Da’wah Bil Hal yang menekankan tentang tindakan atau perbuatan baik yang boleh dilakukan oleh sesiapa yang mempunyai sikap dan kecenderungan yang betul untuk membantu jiran terdekat dan sesama manusia di waktu sukar atau kesusahan,” tambahnya. -EDISI UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perhimpunan Agung RISEAP ke-20 wadah penyatuan negara anggota
Next: Program sukarelawan perkasa belia selain PLKN  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.