Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus merosot, diasak ketidaktentuan dasar Trump 2.0
  • BISNES

Ringgit terus merosot, diasak ketidaktentuan dasar Trump 2.0

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit, di samping mata wang pesat membangun yang lain, terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4840/4870 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4495 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ‘semuanya bergantung kepada keputusan kadar faedah AS, iaitu sama ada Fed akan terus menurunkan kadar pada 2025, mengekalkan atau menaikkannya’.

“Ini bergantung juga sama ada dasar AS akan menyebabkan inflasi, yang memberikan peluang kepada Fed untuk mengetatkan pendirian monetari. Justeru, ia akan menjadikan dolar AS semakin kukuh, namun, ini menjadikan mata wang pasaran sedang pesat membangun lebih lemah, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6750/6787 daripada 5.6678/6736 ketika ditutup pada Rabu, dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8720/8741 daripada 2.8692/8723, namun naik berbanding euro kepada 4.7172/7203 daripada 4.7241/7289.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thai kepada 12.7706/7838 daripada 12.8235/8416 ketika ditutup semalam, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3309 daripada 3.3244/3280, merosot berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.63 daripada 7.57/7.58 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 282.6/282.9 daripada 281.5/282.0. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Latih usahawan PMKS pengetahuan, kemahiran perniagaan
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.