Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan kelemahan dolar AS
  • BISNES

Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan kelemahan dolar AS

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat hari ini ketika Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan negara maju itu, Jumaat lepas.

Pada 8.00 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.3700/3795 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 yang dicatatkan, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY susut sebanyak 0.38 peratus kepada 103.885 mata.

Beliau berkata, hasil Perbendaharaan AS juga susut, mencerminkan jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu pada minggu ini.

“Namun, sentimen pasaran kekal berhati-hati memandangkan persaingan sengit pilihan raya presiden AS yang terus menjadi faktor utama mempengaruhi keyakinan terhadap pasaran kewangan.

“Ringgit misalnya meraih pengukuhan semalam dengan kadar pertukaran ASD/MYR bergerak kepada RM4.3740 daripada RM4.3807 pada minggu lepas. Berikutan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil sementara menunggu keputusan pemilihan presiden AS pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit turut mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6609/6732 daripada 5.6707/6772, naik berbanding yen Jepun kepada 2.8697/8761 daripada 2.8775/8810 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7519/7623 daripada 4.7636/7691.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit meningkat kepada 277.4/278.1 daripada 277.5/277.9, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3111/3186 daripada 3.3185/3226 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9313/12.9728 daripada 12.9664/9882. 

Namun ringgit hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 7.49/7.51 daripada 7.49/7.50. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street
Next: Fahami syarat import, eksport perdagangan pertanian Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.