Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR
  • BISNES

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS pada sesi pembukaan didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.

Pada 8.00 pagi, ringgit naik kepada 4.3310/3480 berbanding dolar AS daripada 4.3415/3505 semasa ditutup, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus merosot kepada 103.423 mata, menunjukkan penurunan sebanyak 0.44 peratus berikutan rakyat Amerika Syarikat (AS) mengundi, semalam.

“Oleh itu, ringgit dijangka terus mencatatkan kenaikan berikutan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengenai OPR hari ini apabila kadar tersebut mungkin kekal tidak berubah pada 3.00 peratus,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6476/6698 daripada 5.6361/6478, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8603/8719 daripada 2.8525/8586 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7351/7537 daripada 4.7283/7381.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 274.9/276.2 daripada 275.6/276.3, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9056/12.9714 daripada 12.9165/9491 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.46 daripada 7.44/7.46.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2973/3110 daripada 3.2953/3023, semalam. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang dua acara penting hari ini
Next: SRDC beri keutamaan untuk pengeluaran, penyimpanan hidrogen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.