Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit jatuh tiga hari berturut-turut berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit jatuh tiga hari berturut-turut berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut pada hari Rabu apabila pelabur berhati-hati kekal di luar pasaran menjelang laporan indeks harga pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan malam ini.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.4300/4355 berbanding dolar AS, daripada penutup semalam pada 4.4250/4300.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal tinggi pada sekitar 106.6 mata menjelang IHP AS.

“Peniaga berhati-hati dengan inflasi AS terutamanya apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) (mesyuarat) minggu depan akan mempunyai implikasi penting terhadap trajektori pelonggaran monetari untuk 2025,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6389/6459 daripada 5.6466/6537, menambah nilai berbanding euro kepada 4.6515/6573 daripada 4.6595/6648 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9013/9051 daripada 2.91489/92s pada penutupan Selasa

Mata wang tempatan juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2937/2980 berbanding 3.2988/3028 pada Selasa dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0640/0875 daripada 13.1006/1236.

Ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.59/7.61 daripada 7.63/7.64 dan juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/278.7 daripada 278.7/279.2 sebelumnya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Sarawak mula eksport hidrogen ke Jepun pada 2028 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.