Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
  • BISNES

Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.3045/3075 berbanding dolar AS daripada 4.3075 /3105 yang dicatatkan semalam.

Penganalisis itu menyatakan belanjawan, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memperkenalkan inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan tanggungjawab fiskal.

Pada penutup, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding euro kepada 4.6674/6706 daripada 4.6771/6803 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8708/8730 daripada 2.8790/8812 semalam.

Sementara itu, ia susut berbanding pound British kepada 5.6109/6148 daripada 5.5967/6006.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang itu menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9579/9916 daripada 12.9619/9776.

Ia melemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2817 daripada 3.2782/2807, turun berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 daripada 7.44/7.46, dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/278.3 daripada 277.7/278.1 sebelumnya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ringgit meningkat berbanding dolar AS, peniaga tunggu Belanjawan 2025
Next: Bursa Malaysia dijangka dalam dagangan berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.