Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil
  • BISNES

Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil

Utusan Sarawak 6 months ago
BAGI minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS walaupun kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik di Ukraine ketika ini.

KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil, bergerak antara RM4.46 dan RM4.48 minggu depan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid,

Beliau berkata peniaga akan memantau dengan teliti data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan minggu depan, tolok inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk Oktober.

“Buat masa sekarang, pasaran menjangkakan Fed AS akan mengambil pendekatan pelonggaran monetari yang berhati-hati, mengambil kira dasar Presiden terpilih AS Donald Trump yang mungkin akan menyebabkan inflasi tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam turut menekankan bahawa hasil Perbendaharaan AS 10 tahun telah meningkat daripada 4.27 peratus semasa pilihan raya presiden AS kepada 4.41 peratus kepada 4.42 peratus, peningkatan sebanyak 14 mata asas, mencerminkan jangkaan pasaran terhadap persekitaran inflasi yang lebih tinggi pada masa depan.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar US walaupun kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik di Ukraine ketika ini.

Dari segi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit naik berbanding dolar US kepada 4.4660/4720 daripada 4.4715/4770, seminggu lepas.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6455/6507 daripada 4.7224/7292 minggu sebelumnya dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.5870/5932 daripada 5.6573/6656, bagaimanapun ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8906/8942 daripada 2.8774/8818 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.61/7.63 minggu lepas, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3101/3141 daripada 3.3330/3381 sebelumnya, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/281.7 daripada 281.6/282.2 sebelum itu.

Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding baht Thailanda kepada 12.9068/9276 dariapda 12.8307/8541 minggu sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Penubuhan Kelab KUWIN bantu sahabat usahawan, AIM promosi produk
Next: Dagangan Bursa Malaysia dijangka dalam julat 1,600 – 1,610

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.