Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar FED
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar FED

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka pada paras 4.38 berbanding dolar AS hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), semalam.

Pada 8.00 pagi, ringgit naik kepada 4.3860/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4065, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Kadar Dana Fed kini berada dalam julat antara 4.50 peratus dan 4.75 peratus.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun merosot sebanyak 11 bps kepada 4.31 peratus dan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.55 peratus kepada 104.508 mata.

Beliau menjelaskan keputusan oleh Fed itu walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai dasar bakal Presiden AS Donald Trump pada tahun depan, yang dilihat berpotensi menyebabkan inflasi.

“Fed menganggap pendirian dasar monetari semasanya sebagai ketat, memberi ruang kepada kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa depan.

“Oleh itu, kita mungkin melihat ringgit mencatatkan aliran meningkat hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6943/7255 daripada 5.6821/6879 pada Khamis, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8637/8795 daripada 2.8597/8629 dan rendah berbanding euro kepada 4.7347/7606 daripada 4.7317/7365 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.51 daripada 7.49/7.51 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.6/280.3 daripada 279.6/280.0 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3207/3394 daripada 3.3178/3216 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8947/12.9767 daripada 12.8290/8492 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Next: Ringgit ditutup kukuh banding dolar AS susulan keyakinan pasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.