Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah susulan data ekonomi AS yang kukuh sokong dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah susulan data ekonomi AS yang kukuh sokong dolar AS

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dan dijangka dalam jajaran kecil menjelang pengumuman laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Khamis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1450/1505 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS kekal disokong oleh data ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Pendirian yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS terus menguasai pasaran mata wang, memandangkan data terkini menunjukkan ekonomi AS kekal berdaya tahan meskipun harga bahan api lebih tinggi.

“Bacaan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan berada di atas jangkaan pada bulan Jun, masing-masing pada 55.7 mata (konsensus: 54.6) dan 51.3 mata (konsensus: 51.1),” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.4887/4973 daripada 5.4750/4816 ketika ditutup pada Selasa, merosot berbanding euro kepada 4.7345/7419 daripada 4.7223/7280 sebelum itu dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.5648/5690 daripada 2.5638/5669.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang serantau.

Mata wang tempatan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.2030/2085 daripada 3.1959/2000 ketika ditutup pada Selasa dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.5637/5899 daripada 12.4845/5053 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.7 daripada 231.6/232.0 penutupan semalam, bagaimanapun naik berbanding peso Filipina kepada 6.78/6.79 daripada 6.74/6.75 sebelum itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu belian saham harga rendah
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong aktiviti pembelian saham murah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.