Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 10 months ago
PADA 8.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.6650/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6600/6625, semalam. 

KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang perlahan terhadap mata wang tempatan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.   

Pada 8.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.6650/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6600/6625, semalam. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit akan diniagakan pada paras semasa berbanding dolar AS berikutan jangkaan kekal bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua 2024 mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 2.8 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.0 peratus dan lebih tinggi daripada 1.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Katanya, tuntutan pengangguran awal juga lebih rendah kepada 235,000 pada minggu lepas berbanding unjuran konsensus sebanyak 237,000.

“Walaupun data masih stabil, pengumuman pada malam ini akan menjadi lebih penting dengan inflasi harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dijangka mencatatkan lebih rendah kepada 2.4 peratus pada Jun berbanding 2.6 peratus pada Mei. 

“Begitu juga, PCE utama akan susut lagi kepada 2.5 peratus daripada 2.6 peratus sebelum ini,” katanya. 

Sementara itu, mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0363/0398 daripada 3.0598/0616 semalam, mengukuh berbanding pound kepada 5.9978/6.0042 daripada 6.0039/0072, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0629/0684 daripada 5.0570/0597, semalam. 

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.  

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8789/8991 daripada 12.8875/9005 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4733/4773 daripada 3.4714/4735, semalam. 

Berbanding rupiah, mata wang tempatan merosot kepada 287.0/287.5 daripada 286.7/287.0 dan berbanding peso, kepada 7.96/7.97 daripada 7.95/7.96, semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.