Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
  • BISNES

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR

Utusan Sarawak 1 year ago
PADA 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen lebih baik menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), petang ini.

Pada 9.00 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan beberapa pergerakan positif bagi ringgit namun kekal berhati-hati berikutan data ekonomi AS yang disifatkan beliau masih memaparkan pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan.

“Data Penggajian ADP itu tidak menepati jangkaan awal apabila mencatat 140,000 pada Februari berbanding jangkaan sebanyak 149,000. Jumlah itu menyusuli kenaikan 111,000 yang dicatat pada Januari lepas,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata, Indeks Dolar AS (DXY) pula di paras rendah pada 103.36 mata selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi jaminan bahawa bank pusat itu akan mengurangkan kadar utama walaupun masih perlu melihat beberapa bukti meyakinkan bahawa kadar inflasi bergerak ke arah matlamat sebanyak dua peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain iaitu naik pound Britain pada 6.0053/0111 daripada 6.0207/0277 sebelum ini.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 5.1397/1447 daripada 5.1438/1498 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.1660/1692 daripada 3.1604/1643 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding mata wang Asean. 

Ini termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2337/2519 daripada 13.2479/2704, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5241/5277 daripada 3.5268/5312, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.6 daripada 301.1/301.6 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.46 daripada 8.46/8.48. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi Wall Street
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.