Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERGERAKAN ringgit kekal stabil pada awal dagangan berikutan tumpuan pelabur terhadap data ekonomi AS dan mesyuarat bank pusat.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan peniaga menilai semula kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berbanding jangkaan.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0695/0780 berbanding dolar AS daripada 4.0690/0735 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keengganan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk memberikan panduan mengenai hala tuju kadar faedah membantu mengekalkan kestabilan ringgit.

“Perhatian utama minggu ini akan tertumpu kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang akan dikeluarkan selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis,” katanya kepada Bernama.

Pengeluaran minit mesyuarat FOMC dan mesyuarat MPC BNM dijadualkan pada Khamis ini.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.6543/6640 daripada 4.6497/6612 ketika ditutup pada Jumaat dan turut menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4336/4449 daripada 5.4296/4430 minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5203/5257 daripada 2.5214/5277 sebelumnya.

Pada masa sama, unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang serantau.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1500/1571 daripada 3.1483/1563 semasa ditutup Jumaat lepas dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.2627/2942 daripada 12.2384/2744.

Unit tempatan juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 226.5/227.1 daripada 226.2/226.8 Jumaat lepas dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.64 daripada 6.61/6.63.-Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia sasar eksport durian ke China RM932.3 juta menjelang 2030
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.