Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding rakan serantau dipacu data pekerjaan AS
  • BISNES

Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding rakan serantau dipacu data pekerjaan AS

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang serantau dan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan itu, bagaimanapun, susut kepada 3.9755/9855 berbanding dolar AS pada paras 3.9745/9785 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) dilihat semakin mengukuh apabila meningkat 0.14 peratus kepada 99.327 mata susulan data pasaran buruh yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Katanya data mingguan perubahan pekerjaan Automatic Data Processing (ADP) menunjukkan jumlah pekerjaan meningkat kepada 42,250 berbanding 33,000 sebelum ini.

“Dengan rundingan AS-Iran yang masih menemui jalan buntu serta kebimbangan terhadap inflasi global yang lebih tinggi, dolar AS dijangka terus menerima sokongan kukuh.

“Sehubungan itu, trend pergerakan mendatar ringgit dijangka berterusan hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3248/3382 daripada 5.3282/3336 ketika ditutup pada Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.6140/6256 daripada 4.6180/6226 sebelumnya, namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.4995/5060 daripada 2.4980/5006.

Ringgit turut meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1541/1918 daripada 12.1719/1898 serta mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1003/1083 daripada 3.1022/1055 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu turun berbanding rupiah Indonesia kepada 224.5/225.2 daripada 224.4/224.8 sebelumnya dan susut berbanding peso Filipina kepada 6.44/6.46 daripada 6.43/6.45 sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ledakan capex AI berpotensi dorong pertumbuhan ekonomi Malaysia – BMI
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah jejaki prestasi lemah Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.