Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit catat kenaikan didorong data pasaran tenaga kerja AS
  • BISNES

Ringgit catat kenaikan didorong data pasaran tenaga kerja AS

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar AS meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi November dikeluarkan.

Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lalu.

Walaupun sedemikian, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan ini kekal kukuh.

Bagaimanapun, katanya ringgit mungkin terus berhati-hati berikutan permintaan terhadap dolar AS yang dijangka terus menyokong.

Perkembangan terkini di Syria turut menunjukkan situasi geopolitik kekal tidak menentu, katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6237/6397 daripada 5.6352/6416, naik berbanding euro kepada 4.6596/6728 daripada 4.6719/6771, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9430/9516 daripada 2.9329/9364 pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2887/2985 daripada 3.2963/3002 pada Jumaat lepas, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.4 daripada 278.7/279.2, menambah berbanding baht Thailand kepada 12.9501/9998 daripada 12.9576/9784 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.64/7.66 daripada 7.65/7.66. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak mahu struktur semula ekonomiĀ 
Next: Lesen sulung penerokaan karbon diserah kepada anak syarikat Kumpulan Samling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.