Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Richard Riot yakin dapat laksanakan tugas
  • TEMPATAN

Richard Riot yakin dapat laksanakan tugas

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO’ SRI RICHARD RIOT JAEM.

ZARINA ABDULLAH

KUCHING: Utusan Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Jepun, Republik Korea dan Taiwan) bertaraf Menteri, Dato’ Sri Richard Riot Jaem percaya dan yakin dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.

Ahli Parlimen Serian itu yakin dengan pengalaman beliau yang luas sebagai mantan Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Luar Negeri akan dapat melaksanakan tugas diamanahkan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan dan keyakinan melantik saya sebagai Utusan Khas ke Asia Timur (Jepun, Republik Korea dan Taiwan) bertaraf Menteri.

“Ucapan terima kasih juga saya berikan kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian di atas sokongan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, pada Rabu Dr Sim Kui Hian ketika dihubungi mengakui menerima surat pelantikan Riot daripada Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Riot yang juga Timbalan Presiden SUPP, 68, telah menjadi Ahli Parlimen Serian selama tujuh penggal berturut-turut sejak tahun 1990 dan menjadi Menteri Sumber Manusia dari 2013-2018.

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan rentas bahagian, negeri
Next: RM6 juta pampasan kepada 58 pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.