Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Richard dicabar calon PKR, Bebas
  • PRU-15
  • SEMASA

Richard dicabar calon PKR, Bebas

Utusan Sarawak 3 years ago

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P204 Betong, Alfred Geling Ason sedang mengumumkan tiga calon yang bakal bertanding merebut kerusi Parlimen Betong.

BETONG: Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Betong, Dr Richard Rapu @Aman Begri dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas.

Richard berdepan calon PKR dari gabungan Pakatan Harapan (PH) Patrick Kamis dan calon Bebas, Hasbie Satar.

Pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen P204 Betong diadakan di bilik mesyuarat, Pejabat Daerah Betong.

Hasbie Satar, 49, hadir ke pusat penamaan calon seawal 8.13 pagi bersama pencadang Nazeli Pandi dan penyokong Nik Khalid Satar, manakala calon Richard, 61, hadir sekitar 8.30 pagi diiringi pencadang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan penyokong, Timbalan Menteri Pembangunan Masyarat dan Kesejahteraan Komuniti, Mohd Razi Sitam.

Patrick Kamis, 62, pula tiba sekitar 8.50 pagi bersama pencadang Aripin Kana dan penyokong Jemi Beji.

Pegawai Pengurus Pilihanraya P204 Betong, Alfred Geling Ason mengesahkan pencalonan mereka.

Tags: PENAMAAN CALON

Continue Reading

Previous: Abdul Halil cuba nasib pula di Samarahan
Next: “Saya ibarat balik kampung di Santubong” – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.